HARGA TIKET TERKINI RM44 SAHAJA, ATAU
HARGA TIKET BERSERTA T-SHIRT HANYA RM95.40
GIG RAKYAT JELATA ini akan melibatkan 11 band tempatan dan kesemuanya adalah penggiat muzik indie. GIG ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri muzik indie tempatan di mana tiket yang dijual dengan harga marhaen. GIG ini juga bertujuan untuk menyemai semangat 'BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA'. Enam band akan beraksi di setiap venue. Dua band lokal akan terpilih bagi mewakili 'rakyat' di mana persembahan diadakan. Sesuai dengan konsep GIG 'DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT, UNTUK RAKYAT! ‘
GIG ini terbahagi kepada dua volume. Lokasi pertama berlangsung di ‘Insider Satellite’, Ipoh pada 22 Julai 2023. Lokasi kedua pula akan diadakan di ‘City Cafe Sports Complex (rooftop), City Plaza’, JB. Setiap acara akan berlangsung pada jam 5 petang dan berakhir sebelum jam 12 malam dengan persembahan setiap band selama 40 minit. Enam band akan membuat persembahan di setiap lokasi. Band-band yang akan membuat persembahan di Ipoh adalah Couple & Muck selaku band lokal. Manakala band yang lain adalah Pretty Ugly, Nitrus, Strike Out & Late Night Frequency. Di Johor Bahru pula band yang terlibat adalah Plague Of Happiness & Terang Bulan sebagai wakil band lokal. Selainnya adalah Zip Zieller, Banyak Bunyik Republik, Sabda Alam & Pretty Ugly.
Tiket GIG untuk kedua venue ini akan mula dijual pada 26hb Mei 2023 jam 9 malam di laman web cdbagasimusic.ubertickets.asia . Harga terkini tiket di Johor Bharu hanya lah RM44.00 sahaja, atau boleh dapatkan harga tiket berserta T-Shirt GRJ pada harga RM95.40 sahaja!!!
Tiada tiket early bird ditawarkan kerana harga tiket yang dijual adalah sangat murah. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di email : [email protected] ataupun terus hubungi UberTickets SEKIAN TERIMA KASIH Majulah RAKYAT untuk muzik Malaysia!